zaman sek dulu..


Tadi bila jalan balik dari fakulti zura bercerita tentang exam kelas pengajian warisan & budaya, dia cakap ttg pantun, mulala mengimbau kembali zaman sekolah dulu, masa de pertandingan berbalas pantun. seronoknya bila teringat kembali, jadi pemantun sekolah..

Mula-mual tension juga sebab asyik de latihan tapi semua benda perlu de latihan kalau nak perfect yea x? lgpun berbalas pantun perlukan minda yg cergas nak fikir dalam masa 1 minit, takut mmg ada yeala sempat ke nak buat pantun dalam masa 1 minit? tp alhamdulillah bila da mula berlatih dan sering berlatih dapatla jawap dalam masa 1 minit. cikgu yg latih masa tu mula-mula cikgu Khairunnisa kemudian diambil alih oleh cikgu Ramli. dua2 cikgu bahasa Melayu.

Team pantun terdiri daripada 4 org, dan team diriku masa mula-mula pertandingan ialah zarina sebagai pemantun pertama, diriku pemantun kedua, kak syafarina pemantun ketiga, dan ct mariam sebagai pemantun simpanan.

Mula-mula masuk pantun masa form 4, sekolahku jadi johan kawasan masuk negeri tp kalah masa suku kedua..
masa form 5 da tukar pemantun, maklumla kak syafarina da hbs sek, n pemantun sambilanpun bertukar juga, jdnya de dua org baru iaitu ct sainilah dan nazirul naim.. dan alhamdulillah sekali lg sek men keb spg bekoh johan lg di peringkat kawasan n kalah lagi di peringkat negeri pada separuh akhir pertama. separuh akhir pertama lawan dgn smka syarifah rodziah.. yealah sek yg da 3 thn berturut2 menang peringkat kebangsaan, tp bangga masa tu sbb lawan ngan smka syarifah rodziah..

setelah hbs sek, dgr2 johan lg unt kali ketiga maklumla de lg generasi yg tinggal tp setelah hbs semua yg 'terer2' ^-^ kalahla..hehehe.. 

Masa upper 6 di iskandarian, masuk jg.. kali ini musuh semasa pertandingan berada dlm stu pasukan, lina (bekas pemantun sek yg mmg saingan sengit semasa sekku dulu kini menjadi rakan sepasukanku) dan ct hajar, tapi kalah mungkin diriku n lina da pencen dan x secergas sewaktu di tingkatan 4 dan 5.. ^-^

Sebenarnya klu nak diceritakan mmg xkan hbs kerana bila diriku di unimas, bekas roomateku juga pemantun di sekolahnya jg zura.. seakan di mana-mana ia tetap akan mengejarku walaupun sekadar kenangan unt dikongsi bersama.. pengalaman yg tidak akan diriku lupakan kerana aku berjaya mengharumkan nama sekolah dan menjdkan teamku team yg digeruni oleh sek2 di kawasanku jika disebut ttg pantun dan yg paling aku x sangka sekali ialah dapat menabur bakti unt sekolah.. huhuhu.. hehehe.. 

(with naim, gambar dgn dia jela byk makumla sama2 pgws pst sumber n adikku)

Manis madu di sapa santun,
Si dara maya pemalu dan segan, 
Hati nan rindu berbalas pantun,
Apakan daya tinggal kenangan..

Jika diberi peluang aku ingin sekali lagi menyertainya.. Rindunya saat berpantun..

Comments

elly said…
uhuhu...
bwat la kelab pntun sndr...
ngehngehngeh
fitrahulinsan said…
next time kita berbalas pantu nak tak?

i pon suke gak pantun2 nih.. hihi..

Popular Posts