Lefin & Quqing
Aku merindui seseorang. Seseorang yang rapat denganku dan membesar bersama-sama..
Nurul Fazlin Bt Idris.. Teman sejak aku kanak-kanak. Aku mengenalinya ketika berpindah ke Melaka. Sama kelas sehingga ke tingkatan tiga.
Masa di sekolah rendah, aku sering berjalan kaki pulang ke rumah. Itulah hobi kami iaitu berjalan kaki bersama, bila berjalan kaki, dapat berbual panjang. Jika tidak sekolah agama habis awal dan jika ayahnya menjemputnya, aku juga dihantar sekali, sama juga jika arwah atuk menjemputku, arwah atuk juga akan menghantarnya pulang..
Petang itu di sekolah agama, dia memberitahu agar memanggilnya lefin dan akan memanggilku quqing.. dan sehingga hari ini nama itu masih ku ingat dan hanya dia yg memanggilku quqing dan aku memanggilnya lefin.. Yea aku amat merinduinya kini..
Sekolah menengah, mugkin aku dan dia terlalu banyak perselisisihan faham sehingga ada pergaduhan dan hubungan menjadi rengang. Walaupun sudah tidak terlalu rapat, kami masih dengan ”quqing & lefin”. Kami menjadi rapat semula apabila di tingkatan enam. Sesungguhnya banyak kenangan yang menjadi kami akrab...
Kenangan itu tetap mekar dalam hati ini. Dah setahun aku cuba mencarinya tetapi tidak berjumpa, telefon rumah sering tidak diangkat, kenapalah lefin tukar nombor telefon tapi tak beritahu, tapi mungkin dia kehilangan telefonnya..
Di manalah Nurul Fazlin Bt Idris berada... Tahukah dia yang aku mencari dan merinduinya selalu... alin.. lin.. lefin..

Comments
skema beno...
huhu
hehehe x perasan...