Kepalsuan Hadis Huru Hara Ramadhan 2012

salam kepada semua..
hari ini nuzul al-Quran.. mudah-mudahan kita semua mendapat berkat..
mungkin ada yang sudah terfikir-fikir apa yang bakal nur tulis ni..
rasanya ramai yang pernah membaca mengenai hal ini:

15hb Ogos 2012 (bersamaan 15 Ramadhan, Jumaat), tarikh malapetaka dunia paling bersejarah.

Cuba lihat kalendar di bawah untuk tahun 2012... 1 Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012bersamaan 15 Ramadan jatuh juga hari Jumaat. Sama dengan hadis Nabi pasal huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan bulan Ramadan iaitu hari Jumaat 15 Ramadandi bumi ini yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasal satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit,bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 shj.(yang NASA Amerika ada beritahu pada 21-12-2012 planet X akan lintas di bumi)Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 tu.......ALLAH sahaja Maha Mengetahui.. ......... .. cuba kita tengokHadis Nabi di bawah ini dan kenyataan pasal Kalendar Islam 2012

Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda:
Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa

mungkin akan agak panjang dan akan agak bosan membaca namun bacalah sehingga ke akhir.. ini adalah ilmu..

ini adalah jihad kita sebagai manusia yg beragama islam.. kita seharusnya ambil tahu dan menambahkan pengetahuan kita.. kita perlu mencari mana yang betul dan mana yg salah..

gerak hati yang kuat membuatkan saya mencari hadis-hadis ini di internet dan saya mendapati..

1. http://al-qayyim.net/index.php?option=com_content&task=view&id=1086&Itemid=65

2. http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=100957

3. http://www.mail-archive.com/sahabatinteraktif@yahoogroups.com/msg44817.html

4. http://forum.digitalmukmin.org/viewtopic.php?f=11&t=1361


mungkin banyak lagi di internet dan telah diulas oleh pakar agama bahkan dari JAKIM (link yang ke 3)..

sy cuma mahu mengulas sedikit sahaja dan selebihnya sahabat-sahabat sekalian boleh membacanya di link2 yang saya beri..


"Hadith ini dikeluarkan oleh Nu’aim bin Hammad (نعيم بن حماد) di dalam kitab al-Fitan (الفتن) daripada Ibn Mas’ud R.A. Di dalam sanadnya ada Ibn Lahi’ah (ابن لهيعة), dan ia adalah seorang yang lemah/dhaif, di dalam sanadnya juga ada ‘Abd al-Wahhab bin Husain (عبد الواب بن حسين), dan ia seorang majhul seperti yang dinyatakan oleh al-Hakim dan Ibn Hajar. Ada juga di dalam sanadnya rawi bernama Muhammad bin Thabit al-Banani (محمد بن ثابت البناني), beliau tergolong dalam individu yang ditajrihkan dan dianggap lemah oleh Ibn Hibban dan Ibn Ibn ‘Adiy (ابن عدي), di dalamnya juga ada al-Harith al-A’war al-Hamdaniy (الحارث الأعور الهمداني ) dia termasuk pendusta hadith seperti yang dijelaskan oleh al-Sya’biy, Abu Hatim dan Ibn al-Madiniy. Abu Zur’ah pula berkata: “Tidak dijadikan hujjah dengan hadithnya.”

Ringkasan kedudukan hadith:

1. Al-Hakim mengatakan hadith ini teksnya ganjil.
2. al-Zahabi berkata: (Hadith ini) PALSU.
3. Ibn al-Jauzi menyenaraikan hadith ini sebagai hadith palsu di dalam kitabnya al-Maudhuaat.

(link yang 1)

sama-samalah kita semua mencari kebenaran dan sama-sama kita menjaga kesucian agama islam... sesungguhnya setiap yang kita tahu hanyalah sedikit dan kita perlu menambahkan pengetahuan kita..
janganlah kita terlalu megah dengan dunia sedangkan akhirat adalah yang utama..

"Ya Allah...
Engkau telah mengurniakan aku keraguan yg kuat..
andainya kurniaanMu ini untuk berjuang mempertahankan kesucian agamaMu,
berilah aku kekuatan... amin.."

Comments

aku iza said…
This comment has been removed by the author.
aku iza said…
erm, jadi adakah huru hara pd 2012 tu benar?
Qis Coway said…
Ringkasan kedudukan hadith:

1. Al-Hakim mengatakan hadith ini teksnya ganjil.
2. al-Zahabi berkata: (Hadith ini) PALSU.
3. Ibn al-Jauzi menyenaraikan hadith ini sebagai hadith palsu di dalam kitabnya al-Maudhuaat.
aku iza said…
owh, mesti hadis nie dibuat2 oleh pihak tak bertggjwb yg terpgaruh dgn dakyah org kafir
Qis Coway said…
bkn dibuat2 yza.. hadis ni dikeluarkan oleh nu'aim.. dan dia merupakan s'org yg lemah/dhaif.. dan dia termasuk dlm pendusta hadith..

Popular Posts