Aidilfitri..


salam manis kepada semua..
kesempatan ini nur ingin mengucapkan salam aidilfitri..
nur sebenarnya nak update gambar raya..
lambat sikitlah kali ini sebabnya minggu lepas banyak sangat nak post..
jadi cerita tentang raya dikemudiankan..
lagipun ramai yang bercerita mengenai raya, takut pembaca budiman nur bosan pula... ^.^
biasalah menulispun kenalah ada strategi yea tak..

hari ni nur kerja petang jadi pagi ini pengisian nur..
tetiba teringat, lamanya nur tak beli buku baru..
insya-Allah bulan depan nur nak beli buku baru.. oh ya, nur ada termimpi membeli buku baru RAM (fantasi rayyan).. alahai tak sabarnya sampai termimpi-mimpi... ^.^

ok, berbalik kepada raya, tahun ini sekali lagi nur beraya di Penang bersama ayahanda bunda & adik-adik tersayang.. pada awalnya nak balik melaka tapi kereta abah tak boleh berjalan jauh.. takut juga tu.. kemudian cuti nur pula ada masalah dengan cuti... ceeky lagi.. sebut tentang ceeky, rindunya pada miaw miaw tu.. hehe

raya pertama, lepas sahaja solat hari raya, bersalam-salaman bersama anggota keluarga sambil meminta duit raya.. hehe.. tapi tahun ni, nur tak dapatlah.. maklumla da bekerja.. (T_T) huhu..
tak apalah.. dulu dah rasa dapat duit raya..

bunda dan ayahanda di pagi syawal
=(^_~)=

keluargaku..
tiada dalam gambar: acik dan adik (^-^)

anak dara bunda.. (^.*)

permata hati abah dan bunda..
tiada dalam gambar: acik..
(acik tidak dapat beraya bersama kami kerana tidak mendapat cuti..^.^)

raya pertama tu, nur dan keluarga pergi beraya di kampung abah," kampung perlis" jangan salah faham pula yea... kampung perlis ni bukan dekat perlis tapi dekat penang tau..^.^

petang tu ingat nak pergi rumah dayah di kota kuala muda tapi memandangkan dah letih.. abah pun lepas jumaat tu, terus "landing" hehe anak-anaknya apa lagi.. da bapa borek, anak pun rintiklah.. hehe Zzzzzz tapi itupun sekejap aje.. maklumlah raya...
"Assalamualaikum..."
da ada orang datang ^.^

raya kedua hanya duduk di rumah menunggu kedatangan orang.. lagipun kawan-kawan adik ramai yang datang dan pak cik.. pak cik datang sorang tahun ni sebab mak cik baru melahirkan anak kedua mereka beberapa hari sebelum raya.. alhamdulillah bertambah lagi ahli keluarga kami semua..
baby lelaki.. huhu..
masih seperti dulu, hanya nur dan adik sahaja anak-anak perempuan di kalangan abah dan adik-adiknya..
pakngahpun anak-anaknya dua lelaki.. pak cik pun dua lelaki.. maksu lagilah.. ada 4 hero lelaki.. mak su kira ada juga seorang anak perempuan tetapi meninggal semasa dalam hari lagi..
tapi tak apalah.. ^-^

raya ketiga..
along & adik.. (^_~)

raya ketiga, nur ke rumah dayah.. lama juga di rumah dayah.. maklumlah lama tak berjumpa..
kemudian ke rumah che nana..
petang baru kembali pulang ke rumah.. (^_^)
malamnya keluar pula.. hehe.. berjalan sehari suntuk..
tapi bukan ke rumah orang tapi pergi bershoping.. hehe.. ^_* tapi nur tak "bershopingpun".. adik yang "bershoping".. hehe.. maklumla orang ada banyak duit raya..

emm.. okla semua pembaca budiman nur...
salam raya.. mudah-mudahan kita akan dipertemukan kembali dengan ramadhan pada tahun hadapan..
amin...

salam kemaafan dari nur dan keluarga..
daa... (^_^)

Comments

Popular Posts