kembali

salam manis kepada semua..
alhamdulillah bersua kembali setelah sekian lama..
harap masih belum terlambat nur nak ucapkan "salam ramadhan al-mubarak"
moga amalan kita diterima oleh-Nya dan perbanyakkanlah amalan di bulan yang penuh berkah ini..
oh ya nur baru sahaja update status di facebook.. berkongsi tentang khatam al-Quran di bulan yang mulia ini.. ini caranya yea sahabat-sahabat sekalian..

Formula Khatam Quran sebanyak sekali dalam bulan Ramadhan.
1 bulan = 30 hari
30hari = 30 juzuk
1 hari = 1 juzuk
1 hari = 20 muka surat
...
...20 m/s = 5 waktu solat x 4 m/s
1 waktu solat = 4 muka surat


Maka,
a. Baca lah quran 4 muka surat setelah selesai setiap solat fardhu.
b.Semakin banyak bilangan bacaan quran selepas solat,bermakna semakin
banyaklah jumlah khatam Quran dalam sebulan.. ;)
formula ini nur perolehi dari facebook ayat-ayat terindah.. sama-samalah kita berusaha untuk khatam al-Quran pada bulan yang mulia ini yea sahabat-sahabat sekalian.. 
cepat sungguh masa berlalu.. hari ni dahpun 3 ramadhan.. hari ni nur akan balik ke rumah.. seronoknya dapatlah peluang untuk berbuka dengan keluarga pula..
emm, setakat inilah yea untuk kali ini.. nanti nur akan tulis lagi.. salam manis untuk semua pembaca.. tingkatkan amalan di bulan ramadhan ini.. moga kebaikan dan manfaat yang kita lakukan akan membantu kita di sana nanti.. amin..

Comments

Popular Posts