Cameron Highland & Teluk Bayu
salam manis semua sahabat-sahabat nur..
hari ini nur nak bercerita tentang percutian nur dan keluarga ke Cameron Highland dan Chalet Terapung Teluk Bayu Sg Petani..
Nur dan keluarga ke CH pada 9 hingga 11 Disember yang lepas. Seronok sangat di sana kerana dapat berkumpul dengan ahli keluarga yang lain. Dapat jumpa dengan maksu dan keluarganya, pak teh dan keluarganya dan mak uda dan keluarganya. Hanya pak cik dan keluarganya sahaja tidak dapat mengikuti percutian keluarga ini.
~nur di salah sebuah kedai cenderamata..
saje nak jadi comel sekejap.. hehe~
~nur di salah sebuah kedai cenderamata..
saje nak jadi comel sekejap.. hehe~
~emm dap, ala2 faiz pengacara makan angin tu.. memang sedappun madu lebah asli. bukan kata manis tp memang sedapla..cukup ummp.. ^_^~
Petang 9 Disember di CH kami ke pasar malam Brinchang. Melihat-lihat panorama indah di sana.. (ayat mesti nak skema kan!! hehe) kalaulah nur boleh menulis macam Yza.. Nur suka dengan gaya penulisan Yza. ^_^
nur cuba nak upload gambar tapi tak dapat pula. nanti nur cuba lagi yea.. kalau boleh nak upload berselang seli dengan cerita..
cuaca di sana agak sejuk juga. Nur dan keluarga tinggal di Homestay Puncak Arabella. Rumahnya cantik, luas, ada dapur, tiga bilik, dua bilik air. Bagus untuk mereka yang datang ramai-ramai macam nur dan keluarga.. ^_~

Hari kedua, ibu-ibu semua (maksud nur, emak dan emak2 saudara nur yang lain) memasak terlebih dahulu.. anak-anak (termasukla nur) duduk-duduk sahaja.. nur memang suka benar kalau mak dan adik-adiknya berkumpul.. hehe bolehla relex dari menolong.. tapi nur ada juga tolong-tolong mengacau..
Kami semua keluar dari rumah dalam pukul 11 pagi. Macam biasalah kalau tidak ke ladang teh, tak sah la kalau da sampai ke CH ni..
~kaklong dan amie di Cameron Valley~
~nur dan keluarga ^_^~
~kaklong dan amie di Cameron Valley~
Cuaca hujan masa tu, gerimis.. jadi kami semua membuat keputusan untuk balik ke rumah untuk menikmati makan tengah hari. Selepas makan dan solat, keluar merondalah.. hehe
Ke mana yea? Jalan-jalan, tangkap gambar.. Bukannya nak membeli sangat tapi lebih kepada keseronokkan bersama-sama bila dan berjumpa ni..
Memang seronok sangat bila berkumpul.. ^_^
(sekejap.. try upload gambar lagi..) ok dapatpun upload gambar.. sekejap yea nur akan cuba sesuaikan gambar dengan cerita.. ^_^ da cantik dah cerita ni.. walaupun lambat nak upload gambar.. tapi nur tetap cuba..
hari ketiga kami semua melawat ladang strawbery.. tangkap gambar itu wajibla.. selebihnya membeli sayur-sayur segar, strawbery wajibla kena belikan.. tak lupa cenderamata..
~nur dan strawbery~
selepas itu perjalanan pulang.. maksu dan keluarganya mengikuti nur dan keluarga balik ke Penang.. Kami sambung cutilah jawapnya..
Hari Isnin 12hb Dec kami ke Chalet Terapung Teluk Bayu pula.. Memancing. Dekat aje rupanya Teluk Bayu ni.. tapi di tengah-tengah jadi orang tak berapa tahu hanya kaki-kaki pancing sahaja yang tahu tempat ni. Maklumla abah nur kan nelayan, kaki pancing juga, tahula tempat-tempat macam ni..
masa nak ke chalet terapung tu kena naik bot, sekejap je pun sebab dia nak hantar kita ke chalet.. sebab dari daratan x ada jalan ke sana.. bayangkanlah duduk dekat tengah-tengah laut.. sebenarnya nur rasa bukan laut tapi tempat pertempungan air laut dan air masin.. dia macam kawasan muara.. tapi dah nak macam laut lah.. hehe.. faham ke apa nur cakap? itu pendapat nur la..
nur ni penakut juga.. hehe tapi kenala buat-buat berani.. adik-adikpun berani takkan kakak penakut pulak.. hehe sebenarnya nur bukan apa, nur takut kut2 la nur terjatuh masa pijak papan-papan tu.. terjelepos nur dalam air dan dah lah nur tak reti berenang.. huhuhu.. (banyak sangat berimiginasi agaknya sebab tu asyik fikir yang bukan-bukan.. hehe)
duduk di sana sehari semalam, dalam pukul 11 pagi keesokkan harinya.. kamipun pulang ke rumah.. =^_^= eh, silap sebenarnya kami singgah ke Cinta Sayang dan Resort.. mandi-mandi dulu.. lepas tu terus pergi makan di Pokok Buluh.. Tempat tu tepi sungai, tepi sungai tu banyak pokok buluh sebab tu Nur panggil Pokok Buluh.. hehe
petang tu, mak su sekeluarga ke rumah pak teh di kulim pula, nur dan keluarga hanya duduk di rumah.. adik ada exam petang tu.. paper terakhir.. malam tu dia ada bbq dengan budak-budak kelas dia..
okeylah sekian sahaja untuk edisi cuti-cuti tahun ni.. =^_^=

Comments