Sebahagian dari Masa Kecilku

salam manis kepada semua.. 


Pokok ini bukan sekadar perhiasan tapi terdapat sebuah memori indah di bawahnya..  Di sinilah nur dan sahabat nur membeli Satay Ikan sebelum masuk ke sekolah.. Tidak kira pagi atau petang tetap membelinya.. Di sini juga persahabatan kami mula terjalin dengan akrabnya.. aduh indahnya kenangan lalu pabila ia menggamit di hati..


Kembali ke Tahun 1994
Nur Quistina Binti Zulkhifle menjejakkan kakinya ke darjah 2 di sekolah ini..
Sek Keb Sg Ara :: 2 Hijau :: 
guru kelas nur pada masa itu ialah Cikgu Murni.. yea nur masih ingat pada raut wajah cikgu Murni..
cikgu, masihkah cikgu ingatkan saya?

guru kelas semasa di darjah 3 pula Cikgu Rohani..
nur hanya bersekolah di sini sehingga hujung bulan mei 1995, selepas itu nur berpindah..
banyak pengalaman indah bersekolah di sini..


Yang ada bumbung tu tempat perhimpunan. Nyanyi lagu negaraku, lagu sekolah, lagu negeri Pulau Pinang.. dan lagu s.a.y.a.n.g..
sehingga kini lagu sayang tu masih ada dalam hati nur..

lirik lagu sayang:

S.A.Y.A.N.G
S.A.Y.A.N.G
S.A.Y.A.N.G
Itulah sayang

Sayang bukannya di bibir
Tapi lahir dari hati
Semua orang perlu sayang
Dalam hidup ini

Sayang pada ibubapa
Sayang pada keluarga
Sayang pada teman-teman
Dan juga kekasih

Tanpa kasih sayang
Hidup kesepian

S.A.Y.A.N.G
S.A.Y.A.N.G
S.A.Y.A.N.G
Itulah sayang

Kalau sayangkan negara
Bersama kita berjuang
Kalau sayang masyarakat
Saling membantu

Sayanglah diri sendiri
Jangan sampai hidup musnah
Ingatlah kepada Tuhan
Maha Penyayang

Jiwa kesunyian
Tanpa kasih sayang

S.A.Y.A.N.G
S.A.Y.A.N.G
S.A.Y.A.N.G
Itulah sayang

Sayang bukannya di bibir
Tapi lahir dari hati
Semua orang perlu sayang
Dalam hidup ini

Sayang pada ibubapa
Sayang pada keluarga
Sayang pada teman-teman
Dan juga kekasih

Tanpa kasih sayang
Hidup kesepian

S.A.Y.A.N.G
S.A.Y.A.N.G
S.A.Y.A.N.G
Itulah sayang

kalau nak dengar lagu ni : http://www.youtube.com/watch?v=hD1eF0_wO8Y


nur dan sahabat baik nur.. dulu, kini dan selamanya.. ^_^
nur sayangkan dia selamanya..
persahabatan ini pernah terputus suatu masa dulu.. diam tanpa khabar berita.. tapi alhamdulilah berkat doa dan izin Allah, kami bertemu semula.. bertanya khabar melalu tinta.. alahai dah macam lagu pula yea.. yeala dulu budak sekolah mana ada handphone, telefon rumah nak telefon jauh.. sorang di utara, sorang di selatan.. hanya surat penghubung talian..
Allah itu Maha Adil lagi Saksama.. Dia berikan pertemuan dengan perpisahan.. Selagi bukan perpisahan antara roh dan jasad, insya-Allah pasti akan ada pertemuan semula.. 
Kini, kami berada di daerah yang sama.. 
Andai ada masa terluang pasti kami akan habiskan masa bersama..

dan ini ialah kem askar..
di sinilah nur membesar selama dua tahun.. yea dua tahun.. 
sebelum berpindah di sini nur bersekolah di Sek Keb Padang Tembak.. eh silap, selepas berpindah nur masih bersekolah di Padang Tembak. Yang masih nur ingat, emak kejutkan nur di awal pagi kerana trak akan bergerak awal.. Balik pula trak akan tunggu, tapi tak lama. nur akan jadi kelam kabut bila nur bertugas esok harinya.. dulu, guru kelas akan mnta pelajar yang bertugas esoknya mengemas selepas habis waktu sekolah.. nur akan ambil kerja menyusun meja dan mengangkat kerusi.selesai tugasan cepat-cepat ke kantin kerana mahu membeli jambu.. ^_^ kenangan masa sekolah dulu..

banyak perubahan yang Sg Ara alami. Sehingga nur sudah tidak cam lagi tempat-tempat yang biasa nur lalui dulu.. masih nur ingat tapak pasar malam.. yea masih di tempat yang sama.. masjid..
tapi walau apapun.. tetap telah menjadi sebahagian daripada hidup nur..

p/s: nurul farhana, dua hari menghabiskan masa dengan kamu merupakan memori yang sangat indah.. ^_^

Comments

Popular Posts