Aidilfitri 1433H
salam manis buat semuanya..
alhamdulillah hari ni dah 12 syawal 1433h..
nur harap masih belum terlambat untuk nur ucapkan
'Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri'
Maaf atas segala silap dan salah sepanjang anda-anda semua membaca penulisan nur di qistinazul ni..
sejak-sejak ni nur selalu je terlambat buat ucapankan..
hehe
maklumlah rasa macam malas nak menulis di sini.. itu yang selalu berabuk dan tak kemas..
cerita tentang raya tahun ni yea..
tahun ni Raya Pertama di Penang.. bersama abah, mak dan adik-adik..
manakala raya kedua pula balik ke melaka..
gambar raya? sekejap yea nur upload.. hehe
alhamdulillah raya ketiga, kami semua buat bbq di rumah maksu.. dapatlah emak dan adik-adiknya berkumpul.. meriah sangat. nur pun memang rapat dengan keluarga belah emak.. sebab nur kan dulu tinggal dengan arwah atuk dan arwah nenek..
ini gambar nur dan keluarga belah emak.. adalah yang tertinggal tapi ini dah kira sebahagian dan orang-orang kuat semua ada.. hehe.. nur generasi ketiga dalam keluarga.. ^^.
raya keempat pula, kami sekeluarga dengan keluarga maksu, keluarga pakteh dan keluarga pakcik menziarah saudara mara..
ni dekat rumah atuk saudara.. ^^.
ni dekat rumah pak cik..
adik dan adik di rumah pakcik
dan kami juga pergi berjalan-jalan ke Muzium Kapal Selam..
di muzium kapal selam..
maaf nur tak ada di dalam gambar kerana nur sibuk merakamkan gambar.. ^^, hehe sebenarnya ada tapi malas nak upload dekat sini sebab gambar tu nur sorang-sorang.. bahaya sekarang ni..
'Ya Allah lindungilah gambar-gambar nur dari panahan mata orang jahat'
aamiin..
esokknya pula.. duduk di rumah sahaja..
kalau tak salah nur, petangnya kami bersiar-siar ke melaka..
Melaka dah mengalami perubahan yang besar dan nur berasa sangat seronok, gembira kerana nur dilahirkan, dibesarkan di Negeri Bersejarah ini..
cuma rezeki nur untuk bekerja bukan di Melaka..
Allah dah aturkan yang Terbaik buat hamba-Nya..
masa nur sekolah dulu, nur langsung tidak terfikir akan bekerja di Sg Petani.. ^^.
agaknya surat-surat nur kepada nurul farhana yang membawa nur ke sg petani.. ^_^
belum sempat lagi berjumpa dengan Nurul Farhana lepas raya ni..
alahai sahabat..
rindu pula nur kepadanya..
malam sabtu maksu belanja makan ^^
licin semuanya.. hehe
di medan Ikan Bakar Sabak Awor, Muar Johor..
jauh tak kami pergi makan? hehe
nur balik ke penang hari ahad pagi.. pagi-pagi sebelum subuh lagi abah dah bergerak balik..
berhenti solat subuh di ?? x ingat sebab mengantuk dan gelap lagi masa tu..
dalam pukul 11.30 pagi dah tiba di rumah..
nur masuk kerja hari selasa bersamaan dengan 10 syawal 1433h @ selasa @ 28 ogos 2012..
petang tu nur balik rumah sebab abah ajak pergi ke rumah terbuka..
dan..
esoknya pergi kerja dari rumah..
memakai baju hijau.. ^^.
dan petangnya ada kejutan dari Hamba Allah yang Penyayang..
patutlah sejak pagi tu nur rasa berdebar-debar je..
dan memang rasa teringin sangat nak pakai baju hijau tu..
hehe
yea yea nur dapat duit raya dari hamba Allah yang Penyayang..
terima kasih hamba Allah yang penyayang.. ^^.
Terima Kasih Allah kerana memberi kebahagiaan..
Ya Allah...
kekalkan kebahagiaan kami dan permudahkan segala urusan kami..
aamiin..






Comments