Dalam Hati ada Cinta ^_^
assalamualaikum..
salam manis kepada semua pembaca..
apa khabar? sihat ke tak?
sebenarnya nur nak menulis minggu lepas tetapi internet di office mengalami gangguan yang
tidak dapat dielakkan maka menaipla nur semasa di rumah.. atau lebih mudah semasa cuti.. ^_^
17 November 2012 lepas nur berjalan-jalan ke Kuala Kangsar..
tapi berjalan ke rumah Hamba Allah Yang Penyayang..
Berjumpa dengan Ibu dan Bapanya..
adalah tersangat malu dan tebalkan aje muka ni..
hanya Allah yang Maha Mengetahui apa yang nur rasa..
maklumlah bakal ibu dan bapa mentua.. (aamiin.. mudah2an)
sehingga hari ni, nur masih lagi ada perasaan malu bila diingatkannya..
alhamdulillah ibu Hamba Allah yang Penyayang sangat baik, ramah.. mudah2an nur diterimanya dengan baik juga..
ayahnya juga baik..
nur dapat ini dari Hamba Allah yang Penyayang
mestila hati nur berbunga-bunga cinta yang mekar di taman.. ^_^ dan juga Hamba Allah yang Penyayang bagi nur ini... mesti pembaca setia nur akan tersenyum bila tengok gambar..
yea dia bagi nur tabung buluh.. tabung ni dia buat sendiri dengan ayahnya..
emak nur kata, ini macam dah bagi 'hint' cepat-cepat sikit penuhkan tabung..
tabung ni nur tak bawa ke Sg Petani.. sebab tabung ni panjang.. jenuh juga ni nur nak berdiet penuhkan tabung.. ^_^
dah sekarang nur sedang lancarkan misi berdiet.. kali ni NEKAD!! hihi ^_^
dalam tempoh dua minggu selepas tu hamba Allah yang Penyayang tu cuti, jadi dapatlah kami menghabiskan masa untuk berjumpa setelah sekian lama tidak berjumpa.. ( yea ke? bukan masa raya aidilfitri ada jumpa? eh nur rasa selepas tu ada juga kami berjumpa.. nur tolong si Dia membeli belah..
yealah masa tu dia ada singgah di rumah..
teka di mana si dia?? macam kenal je kan rumah ni.. hehe
dekat rumah dia, nur tak ada tangkap gambar.. malulah nur nak tangkap-tangkap gambar..
lagipun khusyuk sangat berbual dengan ibunya..
sempat juga kami tengok wayang hari tu.. maklumlah lama tak keluar dengannya..
lepas tengok skyfall kami pergi makan dan dia hantar nur balik ke rumah..
kemudian.. tunggulah sebulan lagi nak berjumpa kembali.. (T_T) sebab hamba Allah yang Penyayang ni akan kembali bekerja..
kembali merindulah nampaknya nur selepas ini..
oklah nur habiskan di sini yea.. gambar nur dengan dia tak ada atau sebenarnya nur tak akan post dah.. atas sebab-sebab tertentu.. ^_^
"Ya Allah, Ya Tuhanku..
satukan hati kami dalam mengingati-Mu selalu
Ya Allah..
walau kami sering lupa, namun Engkau tidak pernah membiarkan kami...
Permudahkanlah Segalanya Ya Allah.. "




Comments