sahabat
nur jam loceng dia..
penunggu setia dia.. kadang-kadang rasa merajuk juga sebab dia selalu lambat..
bila diam sepanjang perjalanan ke kelas.. dia tahu nur marah tapi marah nur sekejap sahaja kerana rindu dan akan hilang bila orang tanya 'zura mana?'
baju tersama warna jangan cakaplah..
selalu sangat, ramai yang fikir kami rancang.. tapi kami tak pernah merancang....
susah senang masa belajar nur hanya dengan dia.. apa sahaja nur akan kongsi dengannya.. begitu juga dia..
pernah kami berkongsi makanan kerana ketidakcukupan duit.. bila kerja kena print semula atau model kena buat semula, duit memang tak akan cukup.. kalau abah nur masuk duit dulu, kami akan bayar untuk print atau beli barang dan sebagainya.. bila abahnya masuk duit pula, kami akan guna buat belanja.. begitulah kebiasaanya bila hujung tahun.. yea tak ada siapa yang tahu melainkan kami berdua.. pernah di antara kami masak nasi goreng dan berkongsi, gara-gara hanya ada beras dan rencah..
maaf sahabat yang lain, seandainya nur lebih sayang dan rindu nik azura raja hassan.. ini kerana nur banyak berkongsi susah dan senang bersamanya... susah dan senang yang kami lalui jadikan kami lebih rapat dan menghargai antara satu sama lain. sejujurnya tidak pernah ada rasa persaingan di antara nur dan zura.. nur tak pernah ambil hati bila markah zura lebih tinggi dari nur kerana nur tahu dalam setiap doanya dia juga mengharapkan kami sama-sama berjaya..
bertunang dalam bulan yang sama bukan rancangan kami.. semuanya rancangan Allah.. kami tidak pernah memberitahu antara satu sama lain gara-gara takut tertunda sehingga datang tarikh yg dekat, zura memaklumkan perkara yang sama.. begitu juga tarikh lahir nur yg ada
dalam hari lahir zura bukan juga rancangan nur.. semuanya Allah yang tentukan..
nur sayang zura.. biarpun berjauh kami tetap rasa dekat.. kerana dalam hati kami ada rasa sayang.. sayang kerana Allah..
terima kasih kerana ramai yang menjadi sahabat nur..
maaf andai ada sahabat yang terasa hati di atas pengakuan ini..
persahabatan itu bukan satu persaingan.. persahabatan itu adalah satu keserasian dan persefahaman..
di mana kedua-duanya akan membantu dan bersusah senang bersama-sama..
tidak akan ada rasa cemburu..
persahabatan itu bukan satu persaingan.. persahabatan itu adalah satu keserasian dan persefahaman..
di mana kedua-duanya akan membantu dan bersusah senang bersama-sama..
tidak akan ada rasa cemburu..
~bestfren 4ever~
"Apapun yang terjadiKu
‘kan slalu ada untukmu
Janganlah kau bersedih
Cause everythings gonna be ok"
~sebenarnya nur sangat sensitif masa menaip post ni~ "=_="

Comments