Sebuah Kenangan Tersimpan Dalam Hati..
salam manis pembuka bicara..
Imbas kembali,
Dis 2011, pagi itu semua pelajar Sesi 2 mendaftar di Edu Citi-Tel Sg Petani..
Lepas mendaftar semua pelajar berkumpul dan berbaris di hadapan homeroom.. Masih saya ingat lagi mereka berbaris dan mendengar arahan. Petangnya pula ada Ice Breaking. Aktiviti mengikut homeroom, pemilihan ketua dan penolong homeroom. Memandangkan staf ECTSP pada masa itu tidak mencukupi, cukuplah dua orang di waktu pagi dan selebihnya petang. Nur, kebanyakkan bekerja pagi pada minggu tersebut.
Masih ingatkah mereka aktiviti di dalam surau? Nur sendiri pada ketika itu tidak banyak modul yang boleh dilakukan.. Cukupla nur minta mereka mencipta cheer homeroom masing-masing dan memberi tugasan di dalam kumpulan. Pada masa itulah mereka juga berkenalan sesama sendiri.. Nur berusaha mengingati nama-nama mereka.. Bagi nur, nur wajib ingat dan mengenali mereka.. Tidak adil jika mereka sahaja yang ingat dan kenal dengan nur tapi nur sambil lewa sahaja mengenali mereka..
Tuah, Jebat, Kasturi, Lekir dan Lekiu..
Kesemuanya Anak-anak kesayangan nur..
Masihkah mereka ingat pada awal-awal minggu semuanya termenung dan menangis di waktu riadah kerana merindui rumah dan kampung halaman.. Nur pernah beberapa minggu tidak balik ke rumah gara-gara ada pelajar kata "Kami tak balikpun, Cik Qis asyik balik je"
Yea memang benar, mereka sedang menyesuaikan diri dan tidak patut nur mementingkan diri sendiri.. Pada waktu itu, semua rakan sekerja nur ada di sekitar asrama untuk anak-anak ECTSP. Masa itu nur masih fasi. Masa nur memang 200% untuk semua pelajar. Tidak dinafikan untuk pelajar sesi dua, nur sedikit garang tetapi nur masih punya banyak rasa sayang.. Jika nur tiada rasa kasih dan sayang terhadap mereka tidaklah nur kekal bersama mereka sehingga ke akhir mereka di ECTSP.
Marah memang tandanya sayang.. Nur tidak pernah membezakan mereka..
Dulu petang-petang boleh riadah dengan anak-anak ECTSP di ruang legar homeroom.. Muhaimin Fitry, kalau diajak main badminton, asyikla bulu tangkis naik atas bumbung.. Sekejap je bergerombolanlah yang lain datang nak tolong menurunkan bulu tangkis, terutama Mugesh, Sri Tharan dan Sharvin.. Bukannya jatuh bulu tangkis tu, saja nak bagi seronok.. Konon-konon nak tunjuk skill membaling bola.. Akhir nanti, Cik Naemah dan Cik Fiza akan join main sambut bola.. Seronok masa tu, anak-anak semua rendah-rendah.. Bola memang dekat tangan kami je la.. ^_^
Program Maalhijrah tahun 2012 memang menyeronokkan ada pertandingan nasyid dan bercerita untuk pelajar bukan Islam. ada nur coretkannya di sini (cer klik kalau nak baca)Semasa latihan, nur memang ronda setiap homeroom dan memberi idea. Tidak lebih dan tidak kurang nur tegur dan memberi pendapat untuk kesemua homeroom.. Memang sukar berlaku adil kerana nur perlu sayang semua secara saksama ^_^ dan sebab itu, kelima-lima homeroom nur beritahu homeroom yang lain hebat. Nur sengaja nak beri semangat supaya yang lain juga membuat yang terbaik. Pada waktu itu, yang merajuklah yang marahlah.. semuanya ada.. Aiman (T) la yang selalu nak merajuknya.. ^_^
Sebut tentang Aiman (T), teringat homeroom Lekir, dalamnya ada Azri, Danial Izzudin, Naufar, Akmal Amir, Fairus, Amin Nor, Firdaus, Aiman (Z), Rohisyam, Syukri Fitri dan Arif Haikal.. Ada sekali nur kejut kesemuanya tidur di lantai, gara-gara tak mahu cadar berkedut.. Pagi-pagi nur dah membebel panjang.. "orang dah bagi katil, tidur atas lantai.. orang yang malas je tak nak kemas katil waktu pagi.......
dan entah apa lagi nur bebel pagi itu.. Homeroom En Bun ni dulu..
kebetulan cerita tentang homeroom, nur memang puji Tuah yang ketuanya Arif Akmal dan penolongnya Muhaimin Fitry (jangan cemburu nama dia dua kali, ^_^) ahli-ahli yang lain, Naim, Yazid, Syamil (Y), Syamil (R), Ah Hock, Zulfakri, Aiman Hakim (B), Nur Aiman dan Hakim Asyraf semuanya bersepadu dan bekerjasama dengan baik.. kalau tidak tak adalah cik Naemah selaku fasi homeroom memuji ketuanya berjaya melaksanakan tugasnya dengan baik setiap bulan yea tak.. ^_^
sejak nur jadi It Fasi, ada juga anak-anak yang kata, lama cik Qis tak kejut kami.. eheee.. ^__^ okeyla ada juga sesekali tahun lepas nur kejut mereka.. terus terbangun dengan segera.. hihi.. ada juga sekali dulu nur mengamuk sebab lambat sangat mereka bersiap atau dalam erti kata lain, dah kejut tak bangun-bangun.. masa tu homeroom yang lambat beberapa orang dari lekiu dan jebat.. Namun pagi tu yang lambat termasuk hadi, erhan, haziq, nasr haikal, dan beberapa orang lagi yang nur tak ingat dah.. aishhh tak boleh nur terima waktu itu hadi, haziq lambat.. seminggu tu hampir semua takut dengan nur.. mahu tidaknya pagi-pagi dah kena leter.. hihihi..
berbalik kepada homeroom, Jebat pula ada Aiman Hakim (R), Ikhwan, Zahir, Solehin, Alif Muhaimin, Sri Tharan, Adlan, Aizuddin, Hizwan, Alif Aiman, Nasr Haikal dan Hanis Izaham lain pula kisahnya.. selalulah lambat sebab ada sahaja yang lambat bersiap.. apa yang disiapkannyapun tak tahulah.. ^_^Itulah homeroom Cik Munee
Kasturi pula lain ceritanya, ketuanya boleh pula membela ikan, menaman segala macam sayur.. berjiwa tanah dan laut katanya.. homeroom En Matt yang selalu bikin semua orang sakit kepala.. hehee maklumlah dalamnya ada Afnaan, Faiq Haikal, Haikal (T), Danial Haikal, Farhan, Afiq, Shazuwan, Syafiq, Mugesh, Aiman Najmi, Hazmi dan Sharvin.. Ramai yang bernama Haikal ada dalam homeroom ni..
Lekiu dulu homeroom En Yusri (bekas fasi ECTSP), homeroom yang boleh dikatakan low profile.. mungkin sebab mereka duduk di hujung sekali.. Tambahan pula di dalamnya ada Iskandar, Syamsul Aisar, Erhan, Hadi, Haziq, Idaham, Syabil, Alif Faizan, Nazmi, Hafiz, dan Wafiy.. dalam homeroom ni banyak yang diam.. sebab tu low profile sikit.. ^_^
nur ingat lagi masa tu nur bertugas jemput pelajar pulang ke asrama.. sampai di asrama dah hampir pukul 5 petang, perut lapar jangan cakaplah.. masa tu tak bawa kereta..terpaksa tunggu makan malam nanti..tapi sedang bersiap dan solat asar nur dengar ada orang picit loceng pintu, bagi salam, habis solat buka pintu tengok ada plastik tersangkut di tombol. Tengok-tengok semangkuk bihun.. Tanya pelajar tuah, kata Fairus yang beri, siap dengan biskut dari Akmal Amir.. Ya Allah, cepat betul Allah makbulkan hasrat nur, sememangnya waktu tu tak ada makanan dan nur memang sangat lapar.. Nur tak akan lupa sampai bila-bila..
Sama juga masa bawa mereka tengok wayang.. ada yang pertama kali tengok wayang. Masa tu tengok cerita Brave, akhirnya ada yang mengalirkan air mata, Afnaan jangan cakaplah memang dah meleleh air mata tengok Brave.. hehee.. budak yang suka menaman tu, semua tanah nak ditanamnya..
Tapi bila dah masuk darjah enam dah mula ada rasa cemburu.. cemburu pada adik-adik, maklumlah dulu masa darjah 5 tak ada abang.. macam-macam jenis cemburu ada.. mungkin nak perhatian.. ^_^
Kalian semua, kasih sayang kami semua tidak ada belah bahaginya.. tidak pernah ada rasa marah sehingga menimbulkan dendam.. Tidak pernah.. Itulah tugas kami semua di sini..
Sekejap sahaja masa berlalu.. Rasa macam baru semalam mereka mendaftar..
Begitulah kita semua yang selalunya apabila di depan mata, tidak terasa apa tapi bila sudah berpisah menghitung kenangan yang ditinggalkan..
Memang tak banyak nur coretkan kisah mereka di sini..
Ketika ada di depan mata, hanya mahu marah..
Dan ketahuilah anak-anakku sayang, marah itu tandanya sayang..
Ketika berpisah rindu mula memutik meninggalkan tanda kenangan masa lalu akan sentiasa di hati serta doa akan sentiasa mengiringi anak-anak ECTSP..
16 November 2013..
Tarikh akhir anak-anak sesi 2 di ECTSP.. Resah di dalam hati hanya Allah yang tahu,
ingatkah mereka pada kami untuk beberapa tahun yang akan datang ini? masihkah ada ruang untuk kita berkumpul lagi.. Apa pun terjadi duhai anak-anak ECTSP...
Ingatlah...
Jadilah anak-anak yang cemerlang dunia dan akhirat..
Yang suatu masa nanti bila Cik Qis dah tua, Cik Qis boleh berbangga sama ada secara melihat sendiri atau mendengar cerita yang anak-anak ECTSP telah berjaya..
salam rindu.. salam ingatan..
salam penuh ikhlas
dan salam kemaafan..

Comments