Utusan Raja Sehari ^_^

Assalamualaikum w.b.t
Syukur nikmat Allah..
Subhanallah Walhamdulillah Wala Ilaha Illallah Wallahu Akbar
Segala puji hanya kepada Allah Tuhan Sekalian Alam..
Tiada daya hanya dengan izin Allah..

yea, bertemu lagi di sini setelah  ..........
(jap nak rujuk post terakhir bila, hee, ok sangat pemalas rupanya nur sejak dua menjak ni di sini..
 kali terakhir update 21 Nov 2013, 
tahun baru pun tak update, 
ish ish ish.. upss! 
baru teringat bukan malas tapi ada banyak komitment nak dibuatnya.. ^_^)
okeylah berbalik kepada tajuk asal "utusan Raja sehari" cewah! macam malu pula nak tulis di sini.. (gatai bunyinyakan.. hee) almaklumlah jarang nur menulis tentang cinta di sini.. ada, tetapi amat jarang sekali (jangan ditiru penggunaan kata melewah ^_^)
kena akui nur ni kadang-kadang pemalu orangnya.. (heeee) 

first of all 
(amboi ayat malam ni boleh tahan, gara-gara lama tak menulis di qistinazul agaknya)
nur nak ucapkan terima kasih kepada semua pembaca budiman yang sudi menjenguk & membaca hasil nukilan nur yang tidak seberapa di sini..
 nur tahu mesti ada yang ternanti-nanti nur menulis di sini.. 
(cewah, ayat da macam masuk mesin basuh, switch on sendiri lak, ^_^) 
mukadimah yang panjang berjela..

tiba-tiba dah tak tahu macam mana nak mulakan bicara, kita letak gambar je la sebagai pembuka bicara ok? hee

Alhamdulillah syukur nikmat Allah.. 
akhirnya tarikh keramat 1 Mac 2014 bersamaan dengan 29 Rabiul Akhir 1435h 
menjadi tarikh penyatuan 
nur dan hamba Allah yang penyayang..  

(sangat gementar!)

syukur Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit sebanyak kekurangannya.. terima kasih yang tidak terhingga kepada keluarga dan sahabat handai kerana banyak membantu menjayakan majlis nur ini.. ^_^ 
(baru nak panas tak kan nur dah buat ucapan penghabisan ni, hee.. maklumlah kenduri dah selesai kenalah buat ucapan terima kasih dulu yea tak.. )
  hari ni dah 2 minggu nur bergelar isteri kepada hamba Allah yang penyayang.. 
(dah dua minggu baru nak update qistinazul ni... hee)
okeylah kita bermula dengan mengimbas kenangan lalu.. ^_^

#throwback
nur kenal dengan hamba Allah yang penyayang semasa program 
GEMS HSH0309
(Graduate Employment Management Scheme, Harvard Suasana Hotel Batch 03 tahun 2009)
masa tu HSH belum ditukarkan kepada HGCG lagi.. 
dipendekkan cerita, sama group dengan hamba Allah yang penyayang.. 
minggu pertama tak berapa kenal sangat sebab module masa tu melibatkan semua.. walaupun setiap malam ada meeting dalam group.. masih tak ingat nama lagi.. lagipun entah Hamba Allah yang penyayang kenal ke tidak nur agaknya minggu tu.. hee
penghabisan minggu pertama ada majlis pelancaran.. 
  masa majlis pelancaran tu nur turun lambat, maklumlah demam sikit 
(homesick! haha dekatpun nak homesick.. itulah nur, yang entahlah.. kelemahan agaknya, dapat je tukar angin confirm homesick)
sebab turun lambat, duduklah nur di barisan belakang, 
dengan Hamba Allah yang penyayang..  berkenalan la kami berdua dengan jayanya.. dan ralit juga sembang dengan hamba Allah yang penyayang..
kemudian minggu kedua, kelas business english..
(kalau dah namanya jodohkan... ^_^)
okey disingkatkan cerita, dipendekkan cerita.. 
sama kelas & sama group.. 
asalnya tak kenal maka tak cinta..
tapi bunga-bunga cinta tu nampak macam dah semakin mekar! 

dah kena gosip, naik turun bilik sesama, buatkan air milo dekat dia.. 
take care masa dia demam..  merajuk.. selalu telefon bilik 
(maklumlah telefon bilik ke bilik free of charge kan...^_^) 
bergaduhpun ada juga..
(tetiba nak ajak hamba Allah yang penyayang mengimbau memori di sini.. heee ^_^ 
terlalu indahlah katakan.. kenangan menusuk sehingga ke qalbu (meleret dah ni nur ooii.. ) maap lah, pembaca sekalian.. kadang nur memang over sikit! hee )

kemudian, 
masuk pulak Kismec sesama.. 
masa tu baru lagi bersemi bunga-bunga sakura..
banyaknya bunga-bunga sakura berputik semasa di Kismec..

:: 22 march 2010 : in a relationship kat facebook ::
(searching gambar masa kismec jap) hee
ada banyak.. masa dalam kelas, masa pi langkawi.. masa pi carnivall.. maklumlah glamer + famous gitu.. (perah santan pulak malam2 ni, sebenarnya dah dua malam nur siapkan post ni, malam ni nak siapkan juga... heee)

(hee, masih kurus je kan masa ni.. tak dinafikan lagi, perah santan lagi malam-malam ni sebab masa ni nur dah menjadi comel! kredit gambar to mr oren.. masa ni mr oren baru je beli camera.. heee )

(heee.. ^_^)

  setelah bercinta, berpisah pula.. 
maksud nur saling berjauhan.. 
bekerjalah mengumpul harta dunia (yea ke harta dunia? padahal kumpul duit nak kahwin.. ^_^)

jumpa itu ibarat masa mencemburi kita.. 
rupanya rindu semasa bercinta tak sama seperti sekarang.. 
rindu masa bercinta masih boleh dikawal tapi rindu kepada yang halal agak mencabar
(dah masuk bab kahwin balik? tadi plan tak mahu tulis tentang kahwin lagi masa throwback... huhuu)

back to throwback.... 
syukur nikmat Allah
:: 22 june 2013 :: 
bertunanglah nur dengan hamba Allah yang penyayang.. 
(dah perasankan persamaannya di situ, kalau tak perasaan sila kembalikan bacaan di atas.. di mana carilah sendiri.. hee) 

serba biru.. ^_^ 
(berbezakan dengan gambar yang lalu, emm dah tua nanti macam mana pula yea rupanya, aishhh.. ni da masa depan pulak! tapi bila fikirkan balik eh salah dilihat kembali kiranya gambar-gambar menunjukkan kematanganlah kan? ^_^)


haip.. haip..
throwback! throwback! throwback!  selalu tersasar bila menulis di sini.. ^_^
 masa bertunang nur ada cerita di sini.. tapi duduk elok dalam draf.. 

nanti nur post yea.... 
bak kata orang tunang kena diam-diam..  tapi warga mukabuku dan sahabat sekalian tahu juga.. bukan niat nak memperbesar cerita tetapi ada alasannya juga.. ^_^
(mula nak merapik dah la tu, dah! sebelum nur membebel jauh.....)
secara asalnya ikatan pertunangan itu sehingga bulan dua, tahun baru Cina.. 
tapi perancangan Allah lagi Maha Kaya, Maha Mengetahui 
terjadilah pilihan 1 Mac 2014..
  persiapan perkahwinan, kebanyakannya nur buat sendiri.. 
dari kad kahwin, godies, baju je pi hantar tempah.. kalau nur reti menjahit.. 
dah nur jahitkan sendiri.. ^_^
pilihan warna tema, oleh ibunda tercinta.. merah + hitam + putih.. 
bila bunda tercinta memilih merah, hitam teringat nur masa dinner gems & roses dulu-dulu.. ^_^


 hee, mengimbau kenangan lalu amat menyeronokkan..
bahagianya terasa sehingga ke dalam jiwa
Ya Allah kekalkanlah kasih sayang kami sehingga ke syurga..
aamiin.. 
^_^

rumah belah lelaki warna biru + putih .. ^_^


Alhamdulillah...
Syukur nikmat Allah..
Jodoh itu rahsia Allah.. 
kita tidak tahu sampailah kita mendengar kata-kata azimat 
"Aku Nikahkan dikau........."
 Di saat itu bersedialah wahai semua gadis,
tanggungjawap menjadi isteri tidak seperti tanggungjawap menjadi seorang anak.. 
ketika itu ibu dan bapamu telah menyerahkan tanggungjawap besar kepada suamimu..
syurgamu juga wahai anak kesayangan ibu dan bapa telah berpindah kepada si suami..
berkongsi segalanya suka dan duka telah terikrar semasa jejaka kesayangan hatimu melafazkan 
"Aku Terima Nikahnya" 



 Duhai suamiku,
Isterimu masih lagi belajar menjadi yang terbaik di dalam melengkapkan bahagiamu..
Maafkan isterimu seandainya masih kekok dan belum sempurna ..
Ibu dan bapa isterimu telah mengasuh isterimu 
sesempurna mungkin untuk menjadi rusuk kirimu.. 
cuma isterimu hanya seorang wanita biasa yang punyai kelemahan diri, 
hanya masa yang akan menjadikannya istimewa, 
didiklah isterimu ini.. redhalah ke atas isterimu ini
sehingga isterimu mampu menjadi seistimewa bidadari syurga...

Duhai suami..
cinta, kasih dan sayang ku ini
kuserahkan kepada Allah..
agar dipelihara dan terpelihara..
sesungguhnya Allah sebaik-baik pemelihara cinta..

Aaamiin..

  

Comments

NazirulNaim® said…
Congrats on your wedding! =)
Qis Coway said…
alhamdulillah..
thank naim.. ^_^
Qis Coway said…
This comment has been removed by the author.

Popular Posts