10 Soalan

salam semua buat pembaca budiman.. hari ni nur nak jawab 10 soalan dari blog yang nur follow, (sini yea blognya) blog ni buat craft.. sesiapa nak order craft cantik-cantik boleh follow & order dekat dia yea... 
nur ni saje nak update qistinazul ni.. 
kan post sebelum ni dah beritahu nur nak kerapkan post di sini.. heee
 dah jom baca jawapan nur.. (^_^)


1. Buku paling best anda pernah baca.

(jumpa gambar ni dekat tumblr, 
ehem.. nur ada akaun tumblr.. 
gara-gara gambar-gambar dekat sana cantik-cantik belaka.. hehee)

Susah ni, sebab nur memang suka membaca, jadi semua buku yang nur baca semuanya mestilah best.. kalau nak ketenangan baca lah Al-Quran. Tidak dinafikan akan rasa tenang selepas membacanya.. itu memang semua orang akan rasa dan setuju.. Buku yang nur tak boleh lupakan sampai sekarang ialah Pei Pan by RAM sebab tu buku pertama tulisan RAM yang nur baca dan seterusnya membuatkan nur suka dengan semua penulisannya. Pokok pangkalnya soalan ni susah sikit sebab nur memang suka membaca, dan nur suka buku, macam gambar kat atas. nur = bibliophile.... ^_^ hihi 
next soalan please..
 
2. Sekiranya anda memenangi percutian atas kapal cruise selama 3 minggu (pembiayaan ditaja sepenuhnya) siapakah yang ingin anda bawa bersama?
wah, tiga minggu.. ini memang menyeronokkan.. pertamanya opkos la nak bawa en suami.. hihihi.. yang lain2 ahli keluarga tersayang.. ni jawapan standartkan? 
 
3. Nama haiwan peliharaan anda dan mengapa pilih nama tu..
emm, nur tak ada haiwan peliharaan.. kalau haiwan peliharaan keluarga ada la, iaitu cik kucing.. hihi nama mak nur yang bagi.. namanya cheeky.. rindu lak kat budak cheeky tu.. 
 
nah belanja gambar cheeky satu kat kalian.. 
 
4. Filem paling seram yang pernah anda tonton; dan part paling tak boleh blah.
Paling seram yang pernah nur tonton, ada banyak, si penakut ni banyak tengok cerita seram ok, hihi..dan yang paling latest adalah juon.. adui dui dui.. part yang tak boleh blah ada banyak juga.. kat dalam almari la.. sampai sekarang teringat.. en suami lak suka menyakat "jaga2 bila buka almari" huwargh da la tak solat zuhur lg (gara-gara nak solat asar sekali jap lagi ni tu yang menunda jap) .. rasa sereemmmm lak nak naik bilik.. (*_*)

5. Sila pilih
: kacak/cantik, jujur, kelakar. Satu je tau..
nur pilih JUJUR.. (nak hurai ke? tak yah la ea.. hihi)
 
6. Anda menang cabutan bertuah bernilai RM50,000. Apakah yang akan anda lakukan dengan wang tersebut?
ini best.. hihi.. kena buat kenduri dulu ni.. tanda bersyukur.. kemudian bagi dekat mak abah, mak dan apak sikit.. kongsi dengan en suami.. bayar hutang ptptn.. derma sikit.. lebihnya baru boleh enjoy..

7. Beli online ke, beli kat kedai kat bandar tu?
online pun ada juga, yang beli kat kedai pun ada juga.. ikutla kalau online murah, beli online.. pakat-pakat kongsi dengan kawan-kawan untuk postage.. kalau dah keluar ke kedai, beli dekat kedai je la.. hihi

8. Perangai manusia yang paling anda tak bole tolerate
perangai pemandu kereta yang sangat biadap.. Tak memikirkan orang lain, yang mendatangkan bahaya kepada orang lain.. perangai bukan time memandu nur masih boleh tolerate dan mampu bersabar.. hihi 
 
9. Orang kentut depan anda, atau orang sendawa depan anda. Mana satu lebih anda rela.
dua-dua nur tak rela.. huhu.. kalau sendawa bau durian lagi lah rasa nak pengsan! yang kentut lak kalau kuat tak apa lah sebab biasanya tak ada bau.. tapi yang senyap-senyap ni boleh pengsan juga.. (*_*) tapi baru-baru ni ada artikel kata kentut busuk adalah baik, ni ada nur attach dekat sini.. hihi
 (nur tak pastila pula keratan dari mana.. nur pun dapat dari wasap, janganla ada yang kena saman pula.. hihi)

dan soalan last, 
 
10. Ada orang nak melabur untuk bisnes anda. Bisnes apa yang akan anda buat
nur banyak perancangan, kalau ada orang nak melabur dalam bisnes nur, nur nak buka cafeteria yang cantik lanskapnya. dalam tu jual kek-kek yang mak nur buat.. dan dalam tu nur nak paparkan semua buku-buku yang nur ada untuk orang datang baca.. tapi syaratnya tak boleh bawa buku-buku keluar dan kena baca dengan baik.. boleh gitu? sebab nur sayang semua buku-buku nur.. heheheee 

yeah, dah jawab semua soalan.. ikutkan nur kena bagi 10 soalan pula, okeylah ni nur senaraikan soalan-soalan dari nur.. sesiapa yang rajin nak jawab n nak update blog macam nur ni.. boleh la jawab soalan nur ni.. sama juga macam blog yang nur follow tu, nur pun bukan ramai sangat kawan yang rajin update blog sekarang ni.. (haha, jangan terasa hati sohabat2 sekalian) 
nanti tinggalkan link.. bole nur melawat dan membaca jawapan kalian lak..

Nah, soalan dari nur :
1. tempat bercuti yang anda impikan nak pergi, kenapa tempat tu..
2. memancing? apa pandangan anda tentang hobi memancing ni. memancing ikan yea, bukan memancing benda lain..
3. tiga perkara yang anda fikirkan bila sebut tentang Melaka.. ^_^
4. perkara yang anda pernah lakukan masa kecil-kecil dan masih ingat lagi sampai sekarang ni..
5. tempat paling jauh anda pernah pergi?
6. kalau anda perlu membuat pilihan di antara keluarga dan kerjaya, mana satu pilihan anda?
7. kawan baik anda seorang yang ......
8. cikgu yang paling anda ingat sampai sekarang ni.
9. kalau anda diberi mesin masa, zaman mana yang anda nak pergi, kenapa..
10. 10 tahun lepas, agak2 masa yang sama anda tengah buat apa? 

heee.. silakan menjawab bagi yang rajin... okeylah sampai ketemu di post yang lain yea.. 
(^_^)

Comments

Popular Posts