Luahan dari hati kecilku khas untuk sahabat-sahabatku..
Aku seorang insan yang mudah menganggap seseorang yang baik denganku sebagai sahabat dan semua insan yang rapat denganku adalah sahabatku.. mungkin hatiku terlalu besar kerana ramai yang ingin aku letakkan sebagai sahabat.. namun, aku akui antara yang ramai2 sahabatku aku tahu siapa teman yang sanggup susah dan senang bersamaku.. Tatkala mahu bercerita hanya dia yang aku fikirkan dan dia itu salah satu antara semua.. ^-^

Dalam hidup ini, kita akan sentiasa bertemu dan berpisah dengan seseorang. Dalam hidup ini juga sahabat datang silih berganti. Namun siapapun yang rapat dengan kita kini, sahabat yang ada jangan dilupakan.
Bermula dengan Rohani, aku berkenalan dengannya tatkala memasuki alam tadika, dialah sahabat pertamaku, berjalan kaki bersama ke sekolah dan bermain di waktu petang. Walaupun kita telah berpisah jauh, kita tetap masih berhubung. Akanku pastikan persahabatan dari kecil ini akan tetap teguh.

Seterusnya aku bertemu pula dengan Nurul Farhana. Kem Sg Ara menemukan aku dan dia. Sering dahulu kita bertengkar namun persahabatan kita utuh. Bertemu semula selepas hampir 13 tahun menjadikan aku seperti berada di alam mimpi, benarkah? gembira tidak terkira saat bertemu denganmu..

Nur Alleyna Farhana juga insan yang rapat denganku, aku mengenalinya ketika berpindah ke Melaka. Waktu itu tidak akan kembali lagi namun kenangan berbasikal, meronda, bermain di tali air akan kekal di ingatanku. Adakalanya bergaduh, merajuk tidak tahu apa puncanya, namun kita tetap rapat. Sehinga kini, kamu masih di hati.
Masa tidak pernah berhenti untuk menemukan aku dengan sahabat baru. Nurul Fazlin hadir dalam ruang sahabatku. Lefin & Quqing akan sentiasa ku kenang kerana nama itu hanya wujud untuk kita berdua. Hanya aku yang memanggilmu Lefin dan hanya kamu yang selalu memanggilku Quqing. Kini kita terpish dan aku amat merinduimu.. Rindu saat berjalan kaki bersama, rindu berbual2 denganmu dan rindu segala yang kita pernah lakukan bersama..
Nur Bazilah, Nurul Huda, Nurul A’in, Komathy dan Salbiah, kenangan bersama kamu berlima masih segar dalam ingatanku, walaupun kita kini ada yang telah terpisah namun aku masih mengingati kalian semua. Dan pasti hatiku masih menyayangi kalian sebagai sahabat juga insan yang pernah mendengar keluh kesah, duka dan sukaku.

Norbaity, Berjauhan denganmu menjadikan aku rindu, biarpun kini aku masih merajuk denganmu namun aku amat merinduimu selalu. Ketahuilah banyak bicara yang ingin aku kongsi bersamamu, biarpun aku merajuk namun kamu akan sentiasa menjadi yang pertama mengetahui halku.

Dalilah, Noraini, Noor Fazwane dan Nur Hayati, kalian ialah insan yang sentiasa akan berada dekat di hatiku. Keakraban bersama kalian sering menjadikan aku rindui. Rindunya aku pada saat kita semua berbual, bergelak ketawa gembira juga saat berkongsi duka. Walaupun kini kita semua berjauhan namun kalian tetap ada di hati ini.
Luka hati atas sikapmu Maisarah dipujuk jua oleh Nadirah. Namun di hati kamu masih sahabat kesayanganku. Juga dengan Nadirah yang kini sentiasa di hati. Biarpun kita jarang berbual namun kala kita berbual masa seakan tidak kita sedari. Tidak kira apa yang berlaku aku amat menyayangi kamu..

Langkah perjalanan hidup ini tidak pernah lupa pertemukan aku dengan sahabat baru. Terasa akrab benar kita bertujuh. Kerana kita hanya bunga dan kita sentiasa akan rapat..
Nik Azura..
Sepi perjalanan ini seandainya tiada kamu di sisi. Insan yang sentiasa mengingatkan aku tentang hidup. Perjuangan menjadikan kita sentiasa bersama, biarpun adakalanya terasa berjauhan hati namun gerak hati kita yang selalunya sama menjadikan aku sentiasa rapat denganmu. Susah senang yang kita kongsi bersama menjadikan aku menghargaimu selalu. Juga tak lupa Eliza, biarpun kadang-kala aku tidak kelihatan seperti mengambil berat tetapi kamu sentiasa dalam ingatanku tak lupa Khatijah..
Elyana, Hidayah dan Siew Ming..
Duhai sahabat-sahabatku, kalian telah aku letak di dalam hati dan tidak akan aku lupa saat kita bersama biarpun kini masa dan tanggungjawap telah menjarakkan persahabatan kita namun kalian akan ku pastikan sentiasa mempunyai ruang di hati ini. Salam persahabatan untuk semua, terima kasih yang tidak terhingga aku ucapkan kerana sudi hadir dan menghulurkan persahabatan denganku..
Biarpun siapa yang lebih dekat di hatiku kini, tempat kalian semua masih sama dihati. Setiap dari kamu ada istimewanya di hatiku ini. Biar kecil manapun hatiku, tetap akan aku letak kalian semua di hati dan aku tidak akan melupakan kalian semua. Ketahuilah betapanya aku amat menghargai kamu semua duhai sahabat-sahabatku.

Comments
gbr ngan zura je??
ceh ta syg sy...
ngehngehngeh
selamat hari wanita!!!