Wahai Hati.. Damailah..
Ketika aku dilanda kesibukan...
Saat aku mengejar masa menyiapkan segala tugasan..
Tika aku berjaga dan insan lain sedang lena dibuai mimpi pagi..
Hati berdetik dan diserang kerinduan yang tiada henti..
Aku rindu detik-detik bercerita dengannya..
Aku rindu mendengar leterannya..
Aku rindu mendengar suara dan gelak tawanya..
Aku rindu mendengar keluhannya..
Aku rindu ingin mendakapnya erat..
Aku rindu ingin mencium tangannya..
Aku rindu segalanya...
Rindu ini hanya mampu disimpan di dalam hati..
Berdoa agar Allah menempatkannya dalam golongan yang beriman..
Berdoa agar dipertemukan semula di Masyar nanti..
Berdoa agar Allah kuatkan hati menempuh dugaan dan ketabahan hidup ini..
Kehilangannya tiada ganti..
Sehingga kadang-kala juga aku terasa dia masih disisi..
Sehingga ada masanya aku memanggilnya sendiri biarpun hanya aku yang mendengarnya..
Sehingga kadang-kala aku merindui mati kerana
Di dunia tidak akan bertemu lagi dan itu aku berdoa untuk bertemu lagi suatu masa nanti di akhirat Pasti..
Itulah rindu pada yang telah pergi..
Hanya doa penghubung hati tanda kasihku padanya tidak pernahkan hilang dan pergi..
Al-Fatihah kepada yang telah pergi..

Comments