bukan sekadar fasi..

salam manis kepada semuanya..
16 Mei 2012
"Selamat Hari Guru"
 buat semua guru-guru yang pernah mendidik nur dari tadika, sek ren, sek ag, sek men hinggalah ke universiti..
jasa kalian hanya Allah yang mampu membalasnya.. 

semalam nur bekerja malam.. oleh itu nur kena kejut pelajar pada pagi ni..
seawal pukul 5 pagi nur dah bangun.. siapkan diri dan 5.25 pagi nur dah mula keluar untuk mengejut meraka..
dimulai dengan tuah, jebat, kasturi, lekir dan lekiu.. 
memandangkan nur tidak membawa kereta minggu ini jadi nur kena naik bas bersama mereka ke lobi cinta sayang untuk sarapan pagi.. (ops macam skema je kan jap yea nur tukar bahasa yang lebih santai.. hehe )

masa mereka tengah sarapan, nur isi borang gigi.. dalam hati "semalam tak mau bagi, alahai nak ada saksi pula, mesej la nur kepada fasi-fasi yang lain, termasuk pn juzie sekali.. sebab nur fikir juzie mesti bangun awal sebab dia ada baby.. fikir-fikir nak letak nama kak ratna tapi tak kan nak sain bagi pihak pula yea tak.. kalau yang lain boleh la sainkan je.. ni sain manager mana bole tiru.. hehee
habisnya tidak seorangpun membalas mesej nur.. emm.. biarkan ajelah sebab hari ni sambutan hari guru, mesti takkan ada orang nak cabut gigi.. kan kan.. 

ok, berbalik kepada cerita sarapan, selepas sarapan, count head seperti biasa, nur dengar-dengar bas ada depan lobi, tengok-tengok hujan lebat.. alahai.. memang dah hujan dari malam tadi.. hujan ni sekejap-sekejap berhenti, sekejap lagi dia datang dengan lebat..
nur bertanya dalam diri nur "apa pilihan nur? tunggu hujan berhenti pastu baru jalan balik ke bilik? naik shuttle? orang nak bawapun tak ada, kalau tunggu agak-agak hujan berhenti pukul berapa pula? atau ikut naik bas? dah tentu confirm boleh balik lepas semua habis ke sekolah..tapi lambat sikitlah sampai bilik.." emm.. tanpa berfikir panjang, ok pilihan nur ialah ikut bas bersama mereka.. hanya dengan membawa handphone, kunci bilik dan sebatang pen.. ic? tak bawa.. hehe...

mereka : cik qis ikut kami ke?
nur : yealah saya ikut, macam mana nak balik hujan
mereka: yea, yea cik qis ikut hantar pergi sekolah

dalam hati nur, nur tidak pernah terfikir yang mereka gembira bila ada orang ikut menghantar mereka ke sekolah.. jadi berbaloi rasanya membuat pilihan terakhir..
sebenarnya kami semua sepatutnya ikut mereka dengan bas pagi-pagi sebab masa awal-awal dulu, ramai yang suka buat alasan pagi-pagi.. biasanya fasi akan ikut bas bila ada pelajar yang buat alasan.. 

gelagat dalam bas, macam-macam.. kalau nak diceritakan memang takkan habis.. bersembang sampai tak sempat nur nak dengar.. sebab yang tu tengah cakap, yang tu potong.. tapi ada kisah yang menarik perhatian nur....

amin nor : nanti bila besar saya nak jadi arkitek

bagi nur, amin nor ni mulut dia bunyi banyak sikit dari orang lain.. hehe suka nak manja mungkin sebab dia anak yatim.. perlukan perhatian.. tapi kadang-kadang suka cari pasal dengan orang lain, suka sakitkan hati kawan.. budak-budakkan.. tapi bila suruh buat latihan, pasti dia akan buat.. 
sambung balik perbualan nur dan dia...

amin nor: saya nak jadi arkitek sebab bila besar nanti saya nak bina rumah anak-anak yatim..
dalam hati nur berdoa "Ya Allah permudahkanlah amin nor mencapai cita-citanya"
amin nor: nak bina rumah orang-orang tua.. 
nur : bagus belajar rajin-rajin..
nur berdoa lagi " Ya Allah jadikan mereka hamba-Mu yang beriman dan soleh..

nur mempunyai impian besar iaitu melihat mereka berjaya.. seketika itu nur rasa nur bukan sahaja fasi malah tempat untuk mereka bercerita.. mengadu dan meminta.. hanya kami yang dekat dengan mereka di sini.. biarpun mereka tidak tahu, tapi apabila mereka berjaya kami juga akan rasa bahagia.. masih nur rasa bahagia bila teringat keputusan upsr tahun lepas keluar dan di antara mereka mendapat 5A.. perasaan bahagia itu sehingga kini masih jelas..

dan sebelum turun dari bas, mereka salam nur dan kata " selamat hari guru cik qis"
nur senyum sampai telinga.. ^_^ dalam hati "terima kasih hujan.. hujan memberi kegembiraan buat saya"

mereka.. imam muda saya..


(gambar cedok dari edu-citi-tel sg petani) ^_^

 
Ya Allah.. 
ikhlaskanlah nur dalam melakukan pekerjaan ini.. 
 amin...


Comments

Popular Posts