:: Hobi Baru ::
hi semua..
salam manis.. salam jumaat..
moga kita semua mendapat keberkatan di hari Jumaat yang mulia ini..
ingat lagi tentang hobi baru yang nur katakan? eh sampai terlupa nak tanya sihat ke? hehe masa nur menulis ni, nur sakit gigi... sakit tekak dan baru mendapat selsema.. tetapi nur gagahkan jua nak menaip dan berkongsi.. bukan apa nanti fiza bawa balik adapter, tak dapatlah nur on laptop dua hari.. hehe.. dan nur juga sebenarnya tengah tengok pelajar-pelajar ECT (tempat kerja nur bagi yang tak tahu nur kerja apa, nur kerja sebagai student facilitator di Edu-Citi-Tel Sg Petani (koridor utara) panjang kalau nak cerita.. nanti nur cerita dalam entri lain yea.. sebab nur ada hutang nak menulis tentang pelajar-pelajar lama.. ^_^) sambung balik, tengok mereka berlatih choral speaking.. nur skip sekejap.. sebab nanti mood menulis hilang... teringat pula masa kat Gems dulu.. Gems tu apa pula? sila rujuk entri sebelum-sebelum ni.. atau guna encik Google je la yea.. hehe.. alamak.. panjang pula mukadimahnya.. ok, sambung kepada tajuk asal...
taraa.. ^_^
inilah yang nur maksudkan..
nur dah belajar mengait dengan bunda tercinta.. sebelum ni belajar dengan Cik Naemah..
buat getah rambut.. Cik Fiza sampai buat keronsang.. nur bukan tak berminat nak buat kerongsang tapi besar sangat.. hehe kalau nak buat cebek (tahu tak cebek tu apa? alas meja yang orang kait-kait tu la cebek.. hehe.. dialek lain nur tak tahu..maklumla nur kan orang Negeri Teknologi Hijau.. ^_^)
nur baru dapat siapkan seperti dalam gambar.. agak lambat sebab banyak buat salah.. malas nak kira.. asalkan masuk dan penuh nur rasa betullah tu.. rupanya ada yang dah double..
dan hobi baru nur juga jahit Flet buat keychain..
senang je jahit dia.. sekarang ni nur tengah cari idea nak buat bentuk-bentuk comel.. barang-barang semua ada dah.. cuma nak tambah banyak lagi button yang comel-comel tu..
nak jual? yealah.. hehe baru minta Fiza bawa balik tunjuk dekat adik dia.. tak tahu nak letak harga berapa sebab ramai yang dah jual keychain felt ni.. rasa macam mahal je yang jual tu.. nanti sesiapa yang nak buat tempahan ke beritahula nur yea.. boleh nur buat.. jangan risau harga bole runding.. Insya-Allah yang paling baik nur bagi..
Cik Naemah n Cik Fiza minta nur buat bantal..
nur rasa sebagai seorang perempuan kita kena tahu buat benda-benda ni semua.. senang je.. tak susahpun cuma perlu ada masa dan kemahuan.. biarpun sekejap kita kena habiskan waktu buat benda yang kita suka..
ada satu benda lagi nur teringin nak belajar iaitu menjahit baju.. cukupla kalau tahu jahit baju kurung dan jahit baju melayu..
nur nak jadi macam bunda nur yang tahu buat semuanya..
cuma menjahit nur belum ada masa lagi nak concentrate..
kena ambil cuti lama.. sebab nak kena belajar potong lagi..
mudah-mudahan..
selangkah ke hadapan lagi..
biar perlahan asalkan kita memajukan diri..
siapa tahu nur dapat realisasikan nak buka kedai jahitan langsir.. kan.. ^_^
amin.. mudah-mudahan..
okeylah nur berhenti di sini dahulu.. nanti nur menulis lagi..
jaga diri..
p/s: Jumaat : perbanyakkan berdoa.. mudah-mudahan dimakbulkan Allah..

Comments