Dia yang bernama Suami..
salam manis pembuka bicara buat semua pembaca setia.. kepada yang selalu membaca atau yang pertama kali berada di sini dan membaca tulisan nur yang tidak seberapa ini, terima kasih nur ucapkan... ♥♥
SUAMI
satu pangkat yang Allah kurniakan kepada hamba-Nya yang bergelar lelaki..
menjadi penjaga bagi isteri,
ISTERI
juga seindah pangkat yang Allah kurniakan buat hamba-Nya yang bergelar perempuan..
Syukur nikmat Allah kerana menjadikan nur kekasih hati Sang Suami..
Rindu padamu suami hanya kepada Allah nur serahkan
Kerana nur yakin Allah sebaik-baik pelindung..
Ya Allah..
Berat rasanya rindu pada yang halal..
Kerana berat itu pahala dikurniakan berterusan..
Terima kasih Allah..
Sesungguhnya Allah lebih Maha Mengetahui..
Isteri yang berjauhan dari suami tidak mampu menjaga suami sepanjang masa..
Memasak untuk suami mungkin seminggu sekali.. membasuh baju suami juga seminggu sekali.. bahkan menyediakan pakai suami juga seminggu sekali.. jika dikira, sedikitnya pahala kami sang Isteri yg duduk berjauhan dengan suami..
namun Allah kurniakan pahala rindu..
nikmat merindu dan berkasih sayang..
Allah dekatkan kami kepada pencipta..
Tiada yang lain mampu mengawal rasa hati melainkan Allah..
Kerana Allah sebaik-baik pemelihara cinta..
Ya Allah..
ku rindu dia yang bergelar suami...
tidak mampu ada ketikanya menghindari rasa hiba dan air mata..
Berilah kekuatan agar cinta ini mendapat redha-Mu Ya Allah..
Kepada-Mu Ya Allah kuserahkan segalanya..
#cintaku kepadamu milik Allah... semoga cintamu kepadaku jua milik Allah.. dan semoga Allah mencintai kita berdua selamanya..
aamiinn..

Comments
kak pun 2X5 jugak..
namun ada hikmahnya..walaupun kita tak dapat berkhidmat sepenuh waktu (kecuali hujung minggu) tapi kita terlepas dari melakukan dosa setiap hari terhdp suami:-))